Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 December 2008

GENERASI SOUTUL FAIZIN 1997

INSAFLAH
Lagu dan lirik : Soutul Faizin 1997

Ilmu dan amal pemangkin keimanan
Sabar dan cekal wasilah ketaqwaaan

Allah sentiasa menguji manusia
Hingga ke akhir usianya
Umat yang beriman penghuni syurga
Yang ingkar bertatap kekesalan

Muslimin dan muslimat jangan lalaikan
Ajaran agama Allah
Jangan kamu ikuti hasutan syaitan
Takutilah Allah yang Esa

Hidup di dunia
Hanya sementara
Diakhirat jua
Kekal selamanya
Beribadatlah…

Taati perintah Allah
Hindar semua larangannya
Tetapkan iman menghadapi dugaannya
Agar diberkati
Bersamalah….

Umat yang mulia haruslah berwaspada
Godaan ada dimana mana
Ingatlah ingatlah
Ini adalah ujian Ilahi

Insaflah wahai insan
Ingatlah pada Allah
Beribadatlah..



Team SF 1997 meneruskan tradisi kecemerlangan, membuka tirai kejayaan besar dengan muncul Naib Johan Nasyid Kebangsaan Pilihan Juara2 1997 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa di belakang kumpulan MIRWANA

Agenda SF 1997 berjaya direalisasikan dengan berlangsungnya KONSERT AMAL SOUTUL FAIZIN 1997 bertempat di Taman Budaya Negeri Perak. Tiket-tiket semua habis terjual dan pada malam konsert telah berlangsung dengan jayanya dan dipenuhi penonton di setiap ruang dewan budaya.. alhamdulillah...


15 buah lagu di persembahkan termasuk 3 lagu dari kumpulan pelapis Nida Azzakirin. Konsert ini mempunyai 2 sesi dan Nida tampil seketika sebelum SF meneruskan sesi kedua.. terima ksih kepada semua...


Sentiasa tampil ceria dan mempamerkan sesuatu yang mengujakan penonton..


Sentiasa bersama dalam apa juga keadaan kerana bagi SF semangat berpasukan adalah keutamaan dari segalanya



1997 juga SF di hujani dengan undangan persembahan yang paling banyak sekitar Negeri Perak. Memori indah tetap terpahat di ingatan..

Team Soutul Faizin 1997 ni juga telah membuat kejutan ketika Pertandingan Nasyid Sekolah Pilihan Semalaysia bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)...


Johan : Kumpulan Mirwana


Naib Johan : SOUTUL FAIZIN


Ketiga : All For Ummah


Kemenangan ni mmg langsung xdiduga kerana semua team sangat hebat dan berpengaruh di arena nasyid kebangsaan. Alhamdulillah mungkin rezeki Sf1997 ni atas kesungguhan, kreativiti dan komitmen mereka mampu mempersembahkan persembahan yang sempurna ketika pertandingan berlangsung.. time ni baju nasyid pun xde cuma berbaju melayu putih dan sampin songket kawad je laa... apa yang penting kejayaan awal ini adalah pemangkin utk generasi SF seterusnya menghadiahkan rentetan kejayaan khusus kepada SIS, KINTA dan Negeri Perak amnya..


I r A m A K o N t E m P o R a R i M e N g G u G a H M i S i

No comments:

Post a Comment