Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

17 December 2008

Nostalgia Soutul Faizin 1996 - 2008

Kenangan manis 1992 ketika di tingkatan 1. Persembahan di Dewan Bandaraya Ipoh sempena Maal Hijrah.

(Masa ni sume masih keding2 lagi... tingkatan 1... ikut je le apa yg abg senior soh buat. masa ni gak kami bawa 2 buah lagu.. Al Hijrah Solo Faisal Abu Hasan dan Mara Menuju Cita solo Hasrizal Abd Jamil a.k.a abg chik kami panggil.. Kali pertama show dpn Sultan Azlan Shah.. menggeletar ya amats!)


Soutul Syabab 1992 beraksi di Pertandingan Nasyid Sempena Maal Hijrah. Solo Ketika itu Sdr Azwani Alias dan Sdr Khairil Azhar

(Masa pertandingan ni menengah rendah terpaksa jadi penonton sebab syarat utamanya mesti 15 tahun keatas sedangkan kami dah berlatih bagai nak rak... last2 xboleh sbb xperasan syarat pert... jadila amik pengalaman tgk abg2 bertanding)

Pengalaman pertama mewakili SIS semasa di Tingkatan 1 1992. Pertandingan bertempat di Sek Tuanku Abdul Rahman (STAR)

(Pertandingan yang ni baru la saya dapat join.. lagu2 mmg best tapi semasa pert berlaku sedikit kesilapan diluar jangkaan... Solo terlupa lagu la plak... mujur la Zaki Rashid dapat coverline.. org tak tahu tapi kami je yg tau.. agak kelakar situasi masa ni)

Beraksi mewakili SIS di Pertandingan Nasyid Negeri Perak 1995. Ketika ini nama kumpulan Nasyid SIS adalah Soutul Solihin

(Soutul Solihin yang pertama dan terakhir 1995, K.E (yang cute paling kanan) meneruskan perjuangannya di dalam Akademi Soutul Faizin manakala Izham dan Nazmi berundur bagi meneruskan perjuangan sebagai ketua pelajar.. K.E antara orang kuat yang menghasilkan dekorasi setelah diajar oleh Gadafi ttg manik2....)

Persembahan 1995 di DBI sempena HARI Q Peringkat Negeri Perak

(Masa ni dah ada peminat maaa...)

(Masa ni kami kene korbankan cuti semester, buat latihan intensif sbb ni dikira show besar yang dihadiri VVIP, Ketua2 Jabatan Kerajaan dan kakitangan awam sempena Hari Q Perak... Pakaian kami juga di taja oleh penganjur... pakaian yg agak ganjil tu mcm biasala... solo punya.. hi hi hi.. K.e n Gadap cadang nak bikin manik2 tp xsempat... motif?)



Disinilah Soutul Faizin Bermula.. penyatuan ahli ketika di Tingkatan 4 1995 hujung tahun
(berdiri dari kiri : A.Azwan, 211minds, Faiz , Fairuz dan M.Azwan dan posing duduk tu Fauzi dan Khairul)

(Acara selempang2 Serata ni bukan pilihan kami, tapi akak2 Form 6 yg soh pakai deme pinjam dari Serata... Untuk pengetahuan selempang kelip melip ni adalah trademark Serata, xkira la nasyid ke, kawad ke, pantun ke... Gadap mmg suka acara selempang2 ni..)

Sempena Hari Kokurikulum SIS 2006. SF dengan kejayaan dan Nida dengan

kesinambungan kemasyhuran

(Pres SF06 Adnin menyerahkan kuasa kepada Pres SF 07 Alif)



Pertandingan Nasyid Kinta 1997 di St Benedict Convent Batu Gajah

(Merah menyala tanda keberanian SF 97, ketika Dashriman memegang tampok kepimpinan SF)

Soutul Faizin 2003 bangkit menghiasi kesuraman tahun2 sebelumnya.. Johan Kinta dan ketiga Negeri Perak.

(Tahun 2000-2002 kemunculan SF agak suram, namun 2003 Sf menjenamakan semula perwatakan yang sebenar di arena nasyid ketika ini SF diterajui oleh Hakim dart Tingkatan 5PI)


Soutul Faizin 1998 tahun terakhir mewakili SIS di arena nasyid sepanjang persekolahan.. Johan Kinta, Johan Perak dan ke peringkat kebangsaan 1998 Zon Utara di USM

(1998 menyaksikan barisan yg semakin mantap setelah berusia 3 thn kelahiran SF, ketika ini Sf langsung tidak bermasalah kerana memiliki 6 orang solo dengan pelbagai keunikan suara. Luqman muncul sebagai antara pencetus harmoni SF dan terus berkembang sehingga kini..)


Soutul Faizin 2004 terus menggegar.. Johan Kinta & Naib Johan Perak

(Team 2004 merupakan team kebanggaan saya kerana semangat dan kesungguhan mereka belum lagi tercabar. Mereka sanggup mengorbankan cuti semata-mata menunggu saya pulang bercuti dr UiA dengan karya terbaru... dalam tempoh 5 hari latihan intensif pg, ptg dan malam dengan 2 lagu baru mereka berjaya membuktikan bahawa keikhlasan dan semangat membuahkan hasil apabila muncul naib juara Negeri Perak 2004. Sekiranya tempoh latihan lebih sehari dua lagi, insyaallah juara dalam genggaman. walau mcmana keadaan sekalipun saya tetap berbangga dengan mereka... rindu korang semua)

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang... SF 2007 membuktikan segala penantian kini telah digapai.... Johan Kinta, Johan Negeri Perak dan Juara Peringkat Kebangsaan 2007 di Universiti Darul Iman Kuala Terengganu.
(Kerjasama antara semua pihak pasti menghasilkan natijah yang paling bermakna.. guru, peserta, sekolah, bekas pelajar dan doa restu dari semua)

Jamuan makan malam Soutul Faizin bersama Puan Hajjah Noor Aini

(Jamuan sempena hari terakhir saya bersama Sf dan sebagai pendidik SIS kerana menyambung pelajaran di UIA... Inilah team pertama yang dihasilkan apabila saya mula bergelar jurulatih sehingga kini... dah ada 6 Generasi yang saya kendalikan sehingga hari ini... wow thats a great moment with all SF Generations)

Semasa Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak di Gerik 2004

(ketika ini Gang Sf dan Marhaban sedang berdebar menantikan keputusan pertandingan peringkat negeri bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat Polis Gerik)


Muka baru dan teknik terbaru... namun segalanya masih baru bg SF 2008. Namun mereka tetap membuktikan keupayaan dan kesungguhan untuk kekal 3 terbaik Negeri Perak 2008

(Pendedahan utk style baru kontemporari... masih dalam percubaan, namun mereka telah melakukan seupaya mungkin cuma nasib yang tak menyebelahi SF 2008, tapi saya tetap berbangga sebab dari masa ke semasa team ni sentiasa menunjukkan peningkatan.. besar kemungkinan pengalaman menjadi ukuran... Sf tidak akan mengalah tetapi akan menggegar utk tahun berikutnya.... tunggulah..)

Durian runtuh! SF juara Festival Nasyid Maal Hijrah Negeri Perak 2008

(Mereka sentiasa dahagakan kepuasan dalam setiap pertandingan yang disertai, keyakinan dan kesepakatan mereka merealisasikan apa yang dihajati... Berbangga dengan korang semua)


Walau apa jua keadaan SF sentiasa ceria

(Pengangkutan yang menjadi teman SF kemana sahaja, dalam bas nilah mereka nak bersukaria, bercerita dan bergembira... tapi yang paling utama adalah aktiviti tidur yang mmg menjadi pilihan setelah penat dengan persembahan dan perjalanan... ha ha ha)

Johan Kinta 2003 bertempat di SM Seri Kampar

(Ketika ini SIS bukan sahaja pulang dengan kemenangan SF, tapi muncul sebagai Johan keseluruhan dengan Tilawah, Tahfiz dan Marhaban menggondol kemenangan yang sama)

Johan Perak 2007... Syukur alhamdulillah

(Lihatlah dunia.... hasrat yang terpendam selama ini akan kami buktikan... pose istimewa ini khas buat peminat2 SF yang sudi menberikan sokongan dari dulu hingga kini)


Persembahan SF sentiasa dinantikan penonton dan mereka tampil dengan komitmen dan keyakinan

(Tampil bersahaja dan menepati status pilihan di Festival Nasyid Maal Hijrah Negeri Perak 2008... Tahniah buat korang semua)

2006 menjadi saksi pemecahan dominasi... Bertempat di SMKA Sultan Azlan Shah Bota menjadi saksi SF dinobat Juara mewakili Perak ke Peringkat Kebangsaan 2006

(Ketika ini masing-masing mmg tiada menaruh apa2 harapan tentang peluang semasa pertandingan ini kerana juara bertahan PPDA dan Mahrajan masih ada dan memang menampilkan persembahan hebat... Namun rezeki kepada SF... dah lama tak menjerit rasanya... masa ni mmg spontan tetiba terjerit sebab puas sangat rasanya... hi hi hi)


Baju Sponsor dari Jab Pendidikan Ngr Tganu selaku tuan rumah pertandingan peringkat Kebangsaan 2007

(Bersiar2 mencari souvenir dan ketenangan sebelum menunggu keputusan pertandingan pada malamnya di Universiti Darul Iman Kuala Terengganu... masa ni kami kat Pulau Duyung)

Nantikan kami.... tunggulah 2009, kami datang lagi!

(Melihat visi dan misi tahun 2009... akan tampil lagi dengan pembaharuan insyaallah)

Johan Kinta 2007 Anti Dadah

(Latihan Ekspress 3 hari.... Sf tetap berhasil memberikan gelaran kepada sekolah tercinta)

Melepaskan lelah pertandingan kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil... sempat bersiar siar sekitar Alamanda Putrajaya

(Ini bukan noktahnya... perjalanan meluaskan pengalaman dan pengetahuan.. segala yang ditimba tidak akan dipersiakan)

Ketiga Negeri Perak 2003 bertempat di SMKA Slim River

(Anak didik pertama SF 2003 memulakan langkah di tempat ke 3 Peringkat Negeri Perak, dah agak lama SF ketandusan di peringkat ini... Alhamdulillah langkah pertama dengan hasil yang membanggakan)

2 comments:

  1. duan,aku nampak muka cik suami aku aka Fairuz.tersangat la kurus masa taim skolah2 dulu.kesian cik suami den.macam x cukup makan jer.

    ReplyDelete
  2. tu la dianya... biasala kat asrama xcukup makan....

    dah kuar sume gebu2

    ReplyDelete