Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

28 May 2009

Salam Kesyukuran Buat Semua

Sudah lama benar rasanya penulis blog ni tak update mengenai info2 terkini khasnya yang berkaitan dengan Soutul Faizin... Alahamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kepadaNYA yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua.

Hambatan kerja yang semakin bertambah menyukarkan saya mengupdate blog ni dari masa ke semasa. Insyaallah dengan kesempatan yang terluang di pagi Jumaat nih saya coretkan serba sedikit perjalanan manis SF sepanjang mengharungi 2009 yang semakin mencabar dan mematangkan warga SF mengenai erti keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan memperjuangkan irama ini. Pengalaman tahun 2008 benar2 membuka mata untuk SF melangkah, mendaki dan menggapai cita2.

Bersesuaian dengan motto Soutul Faizin sejak ianya ditubuhkan, nampaknya membuahkan hasil dan idea bagi memartabatkan nasyid sebagai medium dakwah dan menarik minat remaja. konsep Sf sejak dari dulu adalah nasyid kontemporari... Kontemporari bukan terhadap iramanya sahaja, tetapi penampilan, lirik, style yang tidak bercanggah dengan syarak..

Berikut adalah rentetan Kejayaan Soutul Faizin 2009

Johan Festival Nasyid Maulidur Rasul Sekolah2 Negeri Perak 2009
Bertempat di Universiti Teknologi Petronas

(pengalaman pertama bagi ahli2 yang baru dipilih dan konsep lagu kontemporari yang diketengahkan berunsur sirah dan perjuangan Rasulullah serta lagu kedua ditampilkan dengan bersemangat mengajak masyarakat supaya terus kehadapan dan sejarah sebagai pemangkin kejayaan yang lebih gemilang)


Johan Festival Nasyid Belia Peringkat Negeri Perak 2009
seterusnya mewakili Negeri Perak Ke Peringkat Kebangsaan yang diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka

(Lagu di festival ini ditampilkan khas buat belia2 seluruh Malaysia agar kita sentiasa berwaspada dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan kerana dewasa ini masyarakat semakin alpa dan mengikut arus semasa tanpa memikirkan pro dan kontra. Namun begitu rezeki tidak berpihak kepada SF kali ni kerana team2 negeri lain semuanya hebat2 belaka. Pemenang2 di peringkat Kebangsaan adalah selayaknya. insyaallah pengalaman ini tidak akan dipersiakan dan akan digunakan untuk penambahbaikan dari masa ke semasa)


Johan Karnival Nasyid PPDa Peringkat Negeri Perak 2009
seterusnya akan membawa cabaran Negeri Perak sekali lagi, bagi memartabatkan irama yang diketengahkan penasyid dari Negeri Perak di Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Kedah Darul Aman.

(Ciptaan Lagu dan Lirik kali ini seperti biasa adalah ilham sepenuhnya 211minds bakal memperdengarkan konsep nasyid Satu Malaysia agar ianya universal, natural dan boleh diterima dan di dengar oleh semua warga Malaysia... Insyaallah keterangan lanjut akan di updatekan kemudian kerana pertandingan masih belum berlangsung... Doakan kejayaan SF di Peringkat K'saan... Semoga memori indah 2007 di Kuala Terengganu berulang kembali)