Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

22 June 2009

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2009


Kejayaan Pertama Tahun 2009

Bersama Guru Penasihat Soutul Faizin 2009 (Ustazah Aliyah)

Kejayaan ini bukan menjamin kelangsungan untuk terus gah, sebaliknya menjadi penanda aras kekuatan bagi menyusun strategi yang lebih berkesan.

Soutul Faizin tidak melepaskan peluang bergambar bersama Farihin Abd Fatah juri Pertandingan Nasyid Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2009 di MITC Melaka

Kejuaraan yang terlepas pada tahun 2008 kini dirampas semula.. Kekecewaan musim lalu mengajar erti ketabahan dan kesabaran untuk berubah. SF2009 kini membuktikannya bahawa kejayaan yang diraih adalah bersandarkan usaha dan keyakinan untuk terus melangkah

Terima kasih buat semua krew SF09 yang tidak jemu2 membantu dan berkhidmat untuk SF. Korang mmg best dan sporting... Ucapan Terima kasih juga dipanjangkan kpd Ust Husni kerana sudi turun padang memantau persiapan SF 2009... tak lupa juga kepada komposer berbakat lagi kreatif Ust Sham Sifu Soutun Naajihin SKSS dan Wife sudi menjengah melihat perkembangan SF2009...

Penghargaan juga buat sponsor utama SF setiap tahun Saudara Khairul Ezwan (abg K.e), Ust Azwani Alias, Isteri tercinta (Norhasmida), Teraju Utama (Mohd Faizul Saibun & Meor Huzaini) atas sumbangan material, kepakaran, idea dan tenaga... tanpa komitmen semua, pasti sukar SF melangkah sehingga ke tahap ini. Jutaan terima kasih juga buat ALUMNISISTA yang sentiasa menyokong perjalanan SF dari dulu, kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment