Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

10 August 2009

Perjuangan Diteruskan

Didoakan kepada semua gang SF tidak kira jua dimana anda berada, semoga beroleh kejayaan dalam apa jua yg diceburi... bagi mereka yang kini di alam pembelajaran teruskan usaha bagi memajukan diri dan mempertingkatkan kualiti kita dari masa ke semasa..

kepada gang yg kini melangkah ke alam pekerjaan, tahniah diucapkan. Semoga lembaran baru yang di buka ini membuka minda kita semua untuk terus memperbaiki segala kekurangan dan bertekad membuktikan siapa kita yang sebenar... Berkualiti... berpotensi...

kepada gang yang telah berkerjaya teruskan usaha mendominasi segala potensi diri untuk keluarga, masyarakat, negara dan yang paling utama agama kita. kejayaan yang dicapai hari ini tidak mungkin dinikmati jika kita sentiasa statik... perubahan demi perubahan kita alami dan kita terokai bagi mengaplikasikan ilmu yang selama ini ditimba serta kita tidak akan berhenti mencarinya...

Ilmu Biarlah Tinggi, Hati Biarlah Rendah