Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

10 September 2009

Di Balik Tabir.... 211minds


Cetusan Karya 211minds mula berkembang di Pertandingan Nasyid Terbuka Antara IPTA & IPTS Peringkat Negeri Pahang... dari minat dan suka mencuba kepelbagaian dalam irama nasyid 211minds mula mengorak langkah bila peluang terhidang didepan mata apabila pasukan Nasyid Ar Raudhah memberi peluang kpd 211minds mengilhamkan sebuah lagu yang berbentuk balada dan bertemakan persahabatan..

Almaklumlah bila peluang datang menjengah pelbagai perasaan mula timbul.. boleh ke.. mampu ke.. best ke... sedap ke.. nak ditampilkan utk pertandingan atr IPTA dan IPTS.. Persoalan demi persoalan menyelubungi diri bila team Ar Raudhah akan mengambil bahagian tetapi tiada kelengkapan asas utk perkusi... perbincangan demi perbincangan berlangsung dengan semua ahli dan akhirnya kata sepakat diambil untuk turut serta dalam pertandingan tersebut walau bagaimana cara sekalipun..

mengimbau bagaimana susahnya nak membentuk kumpulan dan mencari kelengkapan utk perkusi mmg sangat nostalgia.. ahli2 bekerjasama kesana kemari mencari alat perkusi utk disewa atau dipinjamkan yang mana pada ketika itu di sekitar Negeri Pahang aura nasyid belum lagi menjadi ikutan... ke sekolah berhampiran, ke tempat2 yg dirasakan alat perkusi ada terus dicari dan akhirnya diperolehi melalui Jabatan Belia dan Budaya Ngri Pahang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang...

Hanya berbekalkan 2 buah kompang ditambah dgn shaker telur yg dibeli sendiri akhirnya hasrat untuk ar Raudhah beraksi semakin menghampiri.. Dari kesusahan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli maka lahirlah lagu "Persahabatan" ini... Lagu ini adalah perkongsian idea atr 211minds dan Mohd Faidz salah seorang ahli yang berasal dari Negeri Sembilan...Latihan demi latihan diteruskan dari rumah sewa sehinggalah waktu2 terluang dikampus diisi dengan latihan dan perbincangan... Biarlah susah macamanapun keadaannya ketika itu, ia tidak mematahkan semangat ahli2 yang sentiasa diingati dengan pelbagai karakter maka lahirlah ilham rasa 211minds memperdengarkan jiwanya kepada umum... terimalah..






1 comment:

  1. Every successful person has a painful story.

    Every painful story has a successful ending.

    Accept the pain and get ready for success.

    Teruskan perjuangan. InsyaAllah, rakan-rakan sentiasa menyokong usaha anda!

    ReplyDelete