Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

12 August 2012

Maafkan...

Saban tahun masa pasti diperuntukkan untuk Soutul Faizin... Namun 2012 menceritakan betapa masa sangat mencemburui haluan yang dibina dengan komitmen kerja yang semakin berganda... 



Alhamdulillah walau tak punya banyak masa namun sesekali bertemu dan bercanda ia tetap meruntun jiwa untuk membantu anak didik yang telah lama dibangunkan.... Sejak 2003 bergelar fasilitator (eh ye ke?) pelbagai  rentetan dan deretan suka duka dilalui bersama. Walau punya banyak kenangan namun setiap generasi mempunyai 1001 coretan kenangan... Begitulah generasi 2012. Maafkan diriku kerana seolah2 membiarkan kalian berjalan sendiri namun jauh disudut hati kalian tetap dihati.



Generasi 2012 sebenarnya adalah generasi impian selepas generasi 2007 dan 2009... Namun hal yg sama berlaku kepada generasi 2010 yang mempunyai segala ramuan dan perisa Soutul Faizin. Agak kagum dengan generasi 2012 yang energetik dan konsisten namun tiada ruang dan peluang untuk diketengahkan dengan kerenah birokrasi JPN yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Yang berlalu telah berlalu SF telah lali dengan episod sebegini. Apa yang penting kesinambungan dan tradisi SF perlu diteruskan dengan membulatkan tekad memperjuangkan dakwah kecil dengan irama kontemporari yang menjadi akar tunjang kemunculan SF sejak dulu.



Syukur kepadaNya kerana kami sentiasa bersatu walau tranformasi generasi yang bertukar ganti. Nama Soutul Faizin yang terpahat dari dulu hingga kini masih bertakhta di hati kami. Walau jarak memisahkan, lapisan generasi SF masih mengikutinya hingga kini dengan saranan, idea, bantuan, motivasi dan sebagainya.. Tidak kurang juga dengan adanya "peminat" walaupun nama SF tidak ada dalam carta kumpulan nasyid legenda... kalian masih mahukan persembahan dan karya2 dari SF...Terima kasih kerana sentiasa menjadi mata dan telinga kami... Sokongan anda menjadikan kami sangat kuat untuk terus menggempur cabaran dan halangan.Soutul Faizin 2012... kalian tetap dihati...











Persembahan Pembukaan Rasmi Majlis Tahfiz Al Quran Peringkat Negeri Perak 2012





Persembahan Peringkat Zon MTQ Kinta Utara 2012



Persembahan Pertandingan Akhir Nasyid MTQ Daerah Kinta Utara 2012





14 January 2012

Kembali bersua...

Tahun 2012 telah bertandang, baru kini berkesempatan menjengah laman kerinduan akibat dihimpit kesibukan dan kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Tahun 2011 yang telah berlalu sesungguhnya menoktahkan seribu satu kenangan buat Soutul Faizin walaupun pencapaian sederhana sepanjang tahun. Soutul Faizin tetap terus dengan agenda perjuangan....

2011 yang lalu Soutul Faizin muncul dengan 2 lagi sayap pelapis yang sangat baik... insyaallah sekiranya minat dan rajin belajar sentiasa didada tidak mustahil 2012 Soutul Faizin tampil dengan skuad yg agak kemas dan mampu menggegar.... aminnn..... rata2 skuad 2012 mempunyai pengalaman dan sedikit kelebihan yg perlu digilap untuk mereka terus memikul tanggungjawab. Team ke 2 2011 tampil meyakinkan dengan muncul sebagai juara Pertandingan Nasyid Sekolah2 Agama 2011 Peringkat Negeri seterusnya mewakili Negeri Perak di Pertandingan yang lebih hebat dan besar... Alhamdulillah berkat kerjasama dan sokongan Guru Penasihat SF yang tidak berbelah bagi, Soutul Faizin muncul Naib Juara 2011 di belakang Negeri Kedah.... ianya juga mencatat sejarah tersendiri apabila pertama kali SF muncul dengan konsep lagu secara minus one. Tahniah... Tahniah.... Tahniah

Naib Juara 2011 di Pulau Pinang

Team ke 3 2011 juga tidak kurang hebatnya apabila muncul Juara di Pertandingan Nasyid Terbuka Ipoh dengan penampilan kemas dan bersemangat. Hasil kerja keras dan usaha yg jitu setelah dileteri oleh jurulatih yang agak cerewet, alhamdulillah mereka telah buktikan tekanan tidak menjadi halangan untuk mereka melantunkan suara dengan baik dan tenang... Tahniah... Tahniah... Tahniah...


Juara Terbuka Ipoh 2011

Skuad utama SF juga tidak mengecewakan sebenarnya, namun rezeki tidak berpihak pada penampilan tahun 2011. Walaupun kecewa kerana status SiS sebagai sekolah bukan dibawah kementerian pendidikan telah menghalang untuk mereka tampil jauh, rezeki masih berpihak kepada mereka dengan muncul secara pilihan JPN dan urusetia di Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak sempena Karnival Mahabbah 2011. Mereka juga tampil dengan baik di pertandingan tersebut, namun beberapa aspek yang kurang menyebabkan tiada sebarang gelaran direbut di pertandingan ini. Apapun SF 2011 sentiasa diingati selalu. Hubungan umpama sebuah keluarga merapatkan ukhuwwah sesama kita.





Di penghujung 2011 Soutul Faizin tampil dengan album mini memuatkan 5 buah lagu Soutul Faizin dan bonus trak istimewa. Sehingga kini permintaan masih lagi diterima tetapi belum sempat untuk pengedaran bagi edisi ulang cetak kali ke 2. Apapun 2011 semestinya meninggalkan kenangan indah buat kita semua....

Rakaman di Dream Project Studio



Album Mini Soutul Faizin - Syukur Pada MU 2011

Skuad Soutul Faizin 2011

Skuad ke 2 Soutul Faizin 2011

Skuad ke 3 Soutul Faizin

Terima kasih buat semua ahli Soutul Faizin 2011... Kenangan bersama kalian sentiasa diingatan...