Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

21 January 2014

ACROBALENO 2013


Soutul Faizin

Nida AzZakirin

Nida Al Faizin

Tahun 2013 telah berlalu namun admin baru berkesempatan menyingkap rentetan perjalanan Soutul Faizin dan adiknya Nida AzZakirin. Selain dari itu percubaan berani bagi menggabungkan SF dan Nida membentuk satu lagi team yang cemerlang. Nida Al Faizin gabungan dari 2 team Sekolah Izzuddin Shah membentuk paduan indah pelantunnya yang bervariasi.

Alhamdulillah walaupun tiada pencapaian gemilang di Peringkat Kebangsaan, Soutul Faizin tetap cemerlang di Peringkat Negeri baik dari segi pertandingan dan persembahan pentas. Kejayaan paling bermakna adalah pelancaran Mini Album ACROBALENO 2013. Bukan mengidamkan album yang gah dan berbajet besar, tetapi isi dan teknik vokal yang dipersembahkan menjadi taruhan Soutul Faizin.



Kekangan waktu diantara kerjaya dan kejurulatihan alhamdulillah bukanlah satu halangan untuk kami bersama-sama mengembeling tenaga dan melengkapi antara satu sama lain. Syukur yang tidak terhingga atas sokongan kuat isteri Nor Hasmida dan 2 sayap kanan dan kiri admin iaitu Ust Azwani Alias dan Syed Ammar serta jentera terbaik Cikgu Nur Nazihah dan sokongan penuh Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah yang sama2 membantu menatarias laluan 2013 Soutul Faizin.




                               Bismillah  :  http://www.youtube.com/watch?v=22SfAKf4-mA

PEMILIHAN AHLI BARU
Awal tahun 2013 memberi sinar baru kepada kami oleh kerana pra audition dan audition berjaya menyukarkan admin untuk memilih yang terbaik oleh kerana mereka yang hadir mempunyai pakej suara dan menarik untuk diketengahkan. Pra audition dijalankan oleh ahli-ahli SF sendiri yang mana 25 orang terbaik  dipilih untuk audition bersama 211minds… Audition pertama dijalankan secara saringan yang mana 15 yang terbaik akan bersaing di peringkat akhir audition. Pemilihan akhir bagi team baru dan pelapis dihadiri oleh 211minds serta penasihat tetap vokal Ust Azwani Alias. 



Bagi finalis yang telah terpilih, ujian pertama yang dibuat adalah Battle of  the Voice.. Soutul Faizin senior menentang  team baru dengan masing2 mempersembahkan  lagu Adakah Kau Lupa mengikut kreativiti. Persaingan yang ditunjukkan adalah sengit dan mencabar sehingga memaksa SF dan team baru audition semula suara untuk membentuk Soutul Faizin dan Nida AzZakirin 2013. Adat pemilihan dan cabaran… yang berprestasi konsisten kekal bersama SF dan muka baru juga berjaya menyaingi ahli-ahli SF yang lama untuk menempatkan diri. Alhamdulillah terbentuklah Soutul Faizin 2013 dan pelapisnya Nida AzZakirin.



BERITA GEMBIRA AWAL TAHUN
Terima kasih yang tidak terhingga kepada individu dan syarikat persendirian yang sudi menaja pakaian Soutul Faizin dan Nida AzZakirin. Atas kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan mereka dengan rela hati menaja pakaian ini tanpa diminta. Syukur Alhamdulillah… rezeki datang tanpa diduga.





FESTIVAL NASYID KPM
Sudah terang lagi bersuluh… memang tiada ruang untuk Sekolah Izzuddin Shah beraksi diperingkat yang lebih tinggi dengan segala pertandingan dibawah kendalian KPM ataupun Jabatan Pelajaran Negeri. Namun peluang itu digunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membiasakan diri beraksi dihadapan penonton. Nida AzZakirin diketengahkan oleh Sekolah Izzuddin Shah membawa cabaran bersainga dengan juara yang telah ditetapkan mestilah sekolah dibawah KPM. Tiada sebarang harapan disasarkan kepada team baru ini memandangkan baru ditubuhkan dan masih dalam proses menyesuaikan diri dan latihan asas.

Kejutan dilakukan oleh Nida AzZakirin apabila muncul juara peringkat Zon menewaskan puluhan sekolah sekitar serta yang paling mengembirakan Nida muncul pemenang ketiga Peringkat Daerah Kinta Utara. Agak mengejutkan kerana sasaran ke Final sudah memadai tanpa sebarang harapan untuk merebut posisi top 3. Alhamdulillah mereka cepat belajar dan semestinya bayangan 2014 211minds telah nampak potensi yang lebih jauh untuk team ini menggantikan Soutul Faizin. Kedua2 lagu yang dibawakan adalah ciptaan sepenuhnya 211minds.

                                         http://www.youtube.com/watch?v=SQ44032kQDc

KARNIVAL NASYID PPDA KINTA UTARA
Kali terakhir Soutul Faizin beraksi di pertandingan ini adalah pada tahun 2009 yang mana Soutul Faizin telah memperagakan segala teknik, latihan dan keserasian untuk muncul Naib Johan Nasyid PPDA Peringkat Kebangsaan. Kemudian pertandingan ini terus lenyap dari arena persaingan.

Tahun 2013 pertandingan ini telah kembali dan ia seakan memberi nafas baru kepada SF kerana pertandingan ini merupakan satu-satunya pertandingan yang mempunyai syarat terbuka tanpa mengira status sekolah. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Soutul Faizin untuk muncul  sekali lagi sebagai Johan Daerah Kinta Utara 2013. Agak malang pertandingan ini hanya setakat didaerah sahaja… namun Soutul Faizin tetap puas kerana masih bersemangat waja mendominasi pertandingan ini sejak dari tahun 2005 lagi. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga…


BINTANG NASYID MUKMIN PERINGKAT NEGERI PERAK
Syukur sekali lagi peluang yang diberikan kepada Soutul Faizin untuk bersaing secara kompetetif.  Situasi yang sama tanpa sasaran oleh kerana ini adalah pengalaman pertama menyertai pertandingan ini, SF muncul bersahaja sebagai pemenang ketiga Peringkat Negeri Perak menewaskan juara-juara Daerah yang telah beraksi di Festival Nasyid KPM Peringkat Negeri  Perak 2 minggu sebelum pertandingan ini. Kepuasan yang memang  dirasai apabila SF mampu bersaing dengan juara-juara nasyid daerah lain. Juara milik NurRahman dari SMKA Kerian yang menunjukkan pencapaian terpuji dan konsisten sepanjang 2013. Tahniah di ucapkan.. Insyaallah jika diberikan kesempatan dan ruang untuk tahun berikutnya kami akan memberikan saingan sihat untuk semua kumpulan yang bertanding.

                                           http://www.youtube.com/watch?v=edkA9V9Igrk

FESTIVAL NASYID KUISAS PERINGKAT NEGERI PERAK
Tindakan berani 211minds menggabungkan 2 team menjadi satu membuahkan hasil apabila kumpulan yang diberi nama Nida Al Faizin smuncul pemenang Ketiga sekali lagi di Peringkat Negeri Perak. Persembahan terpuji kumpulan ini sangat membanggakan lebih dari nilai kemenangan tersebut. Apa yang penting penonton dan pendengar puas dengan persembahan dan lagu-lagu yang didendangkan oleh Nida Al Faizin ini.

Firus Atma ciptaan sepenuhnya 211minds versi asal ditampilkan semula oleh penggubahnya yang mana sebelum ini ianya telah dipertandingkan di Pertandingan Nasyid Sekolah2 Agama Peringkat Negeri Perak 2009 dan muncul sebagai Juara. Kemudian Lagu Firus Atma diberi nafas baru (Hakikat Ramadhan) untuk disesuaikan dengan vokalis cilik dari Shoutun Naajihin SK Seri Setiawan yang mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan 2012. Lagu ini digubah semula secara bersama dengan Ust Shamsul komposer hebat Negeri Perak dan telah dipersembahkan dengan cemerlang oleh Shoutun Naajihin di Festival Nasyid Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Negeri Kelantan. Alhamdulillah karya ini dapat berkembang walaupun bukan bersama Soutul Faizin. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ust Shamsul kepada 211minds.


                                        http://www.youtube.com/watch?v=M6HL8kmfmp8

JEMPUTAN PERSEMBAHAN
Syukur juga atas rahmat dan hikmah yang tidak diduga. SF lebih banyak terlibat dengan persembahan2 jemputan di Majlis2 Rasmi Kerajaan dan swasta. Tidak kesemua jemputan yang dapat dipenuhi oleh SF oleh kerana kekangan masa dan pertindihan jadual pembelajaran yang menjadi keutamaan berbanding jemputan persembahan… Alhamdulillah respon dari penonton sangat menggalakkan dan menjadi penebat jiwa untuk SF teruskan perjuangan ini. Berikut adalah Beberapa jemputan persembahan yang terlintas di ingatan:

 
Malam Kesenian SBPI Gopeng
 
 
 
Konsert Aman Palestin SERATA
 
Majlis Berbuka Puasa Sime Darby
Majlis Berbuka Puasa Perdana Mydin Mall Meru
 
 
Perasmian Pembukaan MH Hotel Sg Siput
 
 
Malam Cinta Rasul RTC Gopeng
 
 
Festival Nasyid Piala Hijjaz
 
 
Hari Anugerah Kokurikulum SiS
 
 

Dan lain-lain…

Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti terkini… insyaallah temui Soutul Faizin di facebook… https://www.facebook.com/groups/soutulfaizin/  Selain itu juga SF anda juga dialu2kan ke laman Soundcloud Soutul Faizin https://soundcloud.com/twoanwan-minds

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 Soutul Faizin dulu kini da selamanya… terutama bagi kalian tyang masih setia mengikuti perkembangan terkini kami… Syukran
























No comments:

Post a Comment