Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

22 January 2014

Lets Check It Out

Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-

1. Pitch/Nada

2.Rhythm/Irama

3.Pernafasan

4.Suara

5.Sebutan


Jom kita tengok satu persatu :-



1. PITCH/NADA

Sekiranya kita dengar seseorang penyanyi tu sumbang dalam penyampaian, lantas kita akan kata pitching tak kena la takl tepat la dan macam-macam lagi. Jadi jika pitching bagus maka penyampaian sesebuah lagu juga akan bagus dan sedap didengar



Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi disuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu tadi..



Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2 yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting



2. RHYTHM / IRAMA

Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju.

Kemahiran ‘deria’ irama kita bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!


3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal atau jurulatih kepada kita  mengambil kelas vokal atau latihan.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??.

Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!



4. SUARA

Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’



5. SEBUTAN

Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita.



Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah kayu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu disampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita.
Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

No comments:

Post a Comment