Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

29 December 2015

Titik Mula BNM7...2015

Bintang Nasyid Mukmin... seolah memberi harapan baru buat Soutul Faizin meneruskan harapan untuk bersama-sama team nasyid lain memeriahkan industri nasyid Negeri Perak. Sistem kekejaman PPD Kinta Utara yang kononnya meraikan slogan pendidikan 1 Malaysia hanyalah wayang semata. Ianya memusnahkan potensi diri pelajar-pelajar yang berbakat besar di Negeri Perak khasnya Kinta Utara. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun siswa siswi SMAN dianaktirikan oleh sistem ini. Apabila ketandusan bakat dan kemahiran barulah diserapkan untuk mewakili Daerah bagi acara-acara tertentu sahaja.

Berbalik kepada penganjuran Bintang Nasyid Mukmin ini, ia merupakan platform terbaik untuk SF buktikan kemampuan dan inilah peluang yang tidak boleh SF abaikan. Ternyata kesungguhan anak-anak muda yang berjiwa kental ini memanfaatkan peluang yang disediakan. Bermula dengan syarat pertandingan yang agak "unik".. mereka berusaha merealisasikan demi menyertai pertandingan ini dengan menyediakan rakaman video sebagai syarat penyertaan. Alhamdulillah dengan bantuan guru2 dan bekas pelajar SIS yang sentiasa bersama maka terhasillah video klip penyertaan untuk Bintang Nasyid Mukmin 7. Pertandingan ini merupakan penyertaan kali ke 2 SF yang mana sebelum ini SF muncul tempat ke 3 Peringkat Negeri Perak pada tahun 2013.

Berbekalkan lagu Ihtifal ILMI Kebangsaan yang lalu... lagu tersebut dijadikan pra dengar untuk penghasilan video klip tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Namun pasukan dikejutkan dengan pemergian 3 orang warga SF yang menyambung pelajaran di Kolej Islam Klang.. apapun yang berlaku ia harus diterima kerana mereka juga punyai cita-cita tersendiri. Pemergian Izzat Fakhri, Mohd Hafizuddin dan Mohd Afnan tidak mematahkan semangat pasukan. Pengganti yang hadir alhamdulillah mampu mengimbangi kekurangan pasukan. Paling membanggakan apabila 3 pelajar ini menyertai Soutul Mujahiddin KISAS.. dan semestinya impian semua adalah untuk bertemu sesama sendiri di peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah sedikit kenangan bermulanya perjuangan #bnm7 Soutul Faizin....

















Video klip penyertaan tersebut bolehlah klik di bawah ini

28 December 2015

Laman-laman Soutul Faizin yang boleh diakses
















klik tajuk-tajuk diatas utk dapatkan link bagi laman-laman tersebut.... terima kasih atas sokongan kalian

27 December 2015

Prakarsa Cita Peringkat Kebangsaan...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengikuti perkembangan SF dari masa ke semasa dan tidak putus-putus memberikan sokongan. Atas permintaan banyak pihak kami tampilkan lirik Prakarsa Cita untuk kalian... semoga ianya memberi manfaat.


P R A K A R S A    C I T A
L a g u  : 2 1 1 m i n d s
L i r i k  : 2 1 1 m i n d s
P e l a n t u n  : 
S o u t u l   F a i z i n   (N e g e r i  P e r a k  D a r u l  R i d z u a n)

Keamanan sejagat....
Berpaksi cita-cita dan cinta
Keamanan sejagat...
Mandiri jiwa akrab sesama akar setia
Keamanan sejagat...
Semangat waja mahmudah bertakhta tidakkan goyah dipatah durja
Keamanan sejagat....
Terpatri harapan bersatu keharmonian

Ku kirimkan cita bersama genggaman pusaka
Ku khabarkan rasa terus membela
Dunia bagai buta melihat derita
Sengsara berlagu duka  ditelinga
Mencari pelindung yang entah dimana
Angkara rakus manusia durjana

Ayuh penjejak derita
Jangan kau lelah bicara
Usaha terus membara
Demi harga sebuah bangsa yang merdeka

Dalam samar ku mencari
Getir masa mendepani
Kemanan mengubati
Luka rindu ini

Cinta dewasakan layar perjuangan
Teguh kesabaran mencari pertemuan
Arca kebebasan hakiki 
Harga kehidupan yang abadi
Zahir kejayaan insani realisasi misi

Ayuh mencari potret keamanan
Sahut cabaran susuri landasan
Berkat keluhuran usaha berterusan
Keamanan sejagat jiwai watan

Aksara jiwa mentafsir makna
Firman dan sabda pakaian bicara
Rukun berbudaya cerminan bangsa
Menobat Negara di mercapada

Laman iktikaf dipanjat doa
Menjejak aman memacu daya
Bangunkan jiwa, Ad-deen dan Negara
Prakarsa cita mesra sejahtera  
  

( Ulang rangkap 2, 4, dan 5)




Saksikan mereka dgn klik disini...
AKSI SOUTUL FAIZIN DI UNIVERSITI MALAYA

22 December 2015

Road to BNM7 Kebangsaan 2015

Bahang final Bintang Nasyid Mukmin Musim ke 7 semakin terasa. Ekoran itu kami juga tidak terlepas dari merasai haba BNM didalam mempersiapkan pasukan. Usai selesai peringkat negeri pasukan berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mempersiapkan pasukan... Deretan persediaan calon-calon PT3, kelas tambahan, program yang diatur oleh pentadbiran sekolah, Final PT3, Final I'dadi dan Senawi, peperiksaan akhir tahun dan program-program sampingan memenuhi taqwim persekolahan yang diatur.

Cabaran-cabaran tersebut kami sahut sebagai cabaran.... latihan-latihan ringan lagu baru dibuat di masa-masa terluang.. kesungguhan ahli-ahli wajar diberi pujian bagi menguasai lagu sebelum pemilihan skuad utama dibuat. Latihan sepenuhnya dibuat 3 hari seawal cuti akhir tahun bermula... berehat 2 minggu cuti sekolah dan kembali semula untuk latihan intensif sebelum bergerak ke Universiti Malaya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga Muhammad Syakir yang sudi menjadi tuan rumah kepada SF bagi menyediakan lokasi latihan dan penyediaan makanan dan minuman sepanjang latihan intensif. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Kanan Pn Shahbanun, Guru penasihat Cikgu Nur Nazihah dan Cikgu Izzatul Aida yang sentiasa mengambil berat kebajikan ahli-ahli SF. Tidak dilupakan barisan "warden" yang diswastakan diketuai oleh "Ketua Warden" abam MMC Syed bersama 2 warden lain abam Azhar Ramadhan dan Abam Asaad yang memberikan komitmen tidak berbelah bagi. Tqvm guys..

Terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan Ust Azwani Alias, Ust Shamsul Al Bugis, Cikgu Mohd Rofi, IM Azri Naim dan Pn Nor Hasmida. Jasa kalian tetap diingatan... semoga segala usaha diberikan ganjaran kelak... syukran yang tidak terhingga...

Berikut sedikit memori-memori indah yang dirakam menjadi ingatan yang berkekalan...











01 November 2015

Tahniah.... Pemilihan Skuad Soutul Faizin BNM7 Peringkat Kebangsaan 2015

Tahniah dan syabas kepada yang terpilih. yang tidak terpilih jangan berdukacita... insyaallah ada peluang lain yang menunggu. Apa yang pasti kalian akan turut serta menyaksikan BNM7 Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya pada 14 hingga 16 Disember 2015 nanti. 

 4 orang penilai bebas hadir memberikan sokongan dan terlibat bagi memilih skuad utama BNM7... Cikgu Musa dari SK Matang Gerdu Bagan Serai, Cikgu Nor Hasmida SK Pinji, Ustaz Azwani SMK Sultan Muhammad Parit dan Encik Muhammad Afiq Maahad Al Ummah 


 Rakaman untuk sesi perbincangan panel pemilih sekiranya terdapat pertikaian


 Ustaz Azwani mengetuai Sesi Pemilihan


 Kebersamaan menjadi intipati SF... yang terpilih diberi dorongan yang tidak terpilih diberi peluang untuk merampas kedudukan team sedia ada... tiada sebarang masalah 


 Tahniah kepada 7 vokalis yang berjaya menambat hati panel pemilih


Soutul Faizin  BNM7 Peringkat Kebangsaan akan memulakan latihan...

Sesi Pemilihan Skuad BNM Kebangsaan 2015

Alhamdulillah... pemilihan skuad BNM7 telah pun selesai dengan jayanya pada 1 Nov 2015 yang lalu. Pemilihan diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada semua yang bernaung dibawah Soutul Faizin... pelapis dan team utama.

Sebelum pemilihan diadakan, semua ahli telah diberikan lagu yang bakal dibawakan di Peringkat Kebangsaan Disember nanti untuk dipersembahkan mengikut gaya dan kredibiliti masing-masing. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan kekuatan vokal, pitching, sebutan, note lagu, pernafasan, impak suara yang dipersembahkan dan yang paling penting keberanian melontarkan notasi lagu dengan agaya tersendiri...

Berikut adalah memori sekitar pemilihan diadakan...