Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

28 April 2015

Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Negeri Perak 2014

Tahniah buat Soutul Faizin... satu-satunya pasukan dari sekolah yang berjaya menempatkan diri pada top 3 Festival Nasyid Belia Negeri Perak. Ini adalah kali kedua Soutul Faizin bertanding menggunakan minus one.

Pertandingan yang berlangsung ketika hujan lebat, sedikit merencatkan mutu audio pertandingan. Walaubagaimanapun kami berbangga dengan penyertaan Soutul Faizin kali ini.

Johan : Universiti Teknologi Petronas
Naib Johan : Intowesee UPSI
Ketiga : Soutul Faizin Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah.

 Dataran Bagan Datoh

 Simple n nice

Mencuba nasib.... alhamdulillah...

27 April 2015

Kejutan Nida AL Faizin...

Mereka hadir sebagai pelapis skuad utama Soutul Faizin... tanpa harapan tinggi sekadar mencapai kualiti untuk tontonan pendengar. Namun mereka melakukan kejutan terbesar dengan menjuarai 2 pertandingan utama berskala besar. Johan Festival Nasyid Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak 2014 anjuran KUISAS dan Festival Nasyid Lavender Open... Tahniah...

 Johan Nasyid Lavender 2014

 Menggunakan sepenuhnya motivasi di KUISAS

 Guru pengiring yang supportive... Cikgu Khairul Anuar

 Nak selfie jugak deme nih...

 Johan milik Nida Al Faizin

 Sebelum naik pentas

 Alhamdulillah... giliran pertama dengan keputusan yang PERTAMA!!

Penginapan di Kuala Kangsar ditaja oleh SMAN Artwork Sdn Bhd... Syukran

Kemilau Seroja 2014

Pantas masa berlalu...
2014 penuh warna warni. Soutul Faizin sentiasa siaga meneruskan perjuangannya... Rentetan warna warni SF ditambah seri dengan kejayaan berganda barisan pelapis pertama Nida Al Faizin yang membanggakan. Syukur yang tidak terkira kepada Rabb yang memberikan 1001 rahsia. Walau perjuangan disekat didalam beberapa agenda, Soutul Faizin dan pelapisnya terus menakwil jaya. Alhamdulillah..


 Bersama Coach Syamil... 

 Johan Festival ILMI Peringkat Negeri Perak 2014

 Najib

 Naufal

 Solihin

 Engku Adam

 Ziad

 Izzat

 Hanif

 Adha

 Lutfi

 Ammar

 ILMI Kebangsaan 2014, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman

With SF crews...