Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 October 2015

ADAB BERJUANG

ADAB BERJUANG 
Lagu : Nasyid Medley
Lirik : 211minds
SOUTUL FAIZIN 2012

Bertaqwa dengan setulus cinta
Taati perintahnya akur aturanNYA
Berusaha dengan kesungguhan jiwa
Syariat teguh bertakhta selamanya

Ikhlas terampil mendaulatkan minda setiap insan
Rasa kehambaan
Agama kilau neraca iman
Petanda kecintaan rasa bertuhan

Marilah kita berjuang bersama
Pasakkan tekad teguhkan taqwa
Ayuhlah kita gagah dan berdaya
Menangkis amarah bermain diminda

Tuntutlah ilmu teras perjuangan
Terpancar rahmat wadah peradaban
Sejarah silam yang membuktikan
Destini insan bina kegemilangan

Pengorbanan tanpa kepentingan
Matlamat serlah pegangan
Keredhaan yang didambakan
Penawar kegelapan

Adab disyariatkan buktikan ketaatan
Kesejahteraan insan petanda keluhuran
Negara akan makmur titian kemajuan
Keringat akan luhur ganjaran seiringan

Berjuang…hikmahnya indah kehidupan
Berjuang…Hikmahnya bina kekuatan
Dalam menuju satu impian
Iltizam ummah mercu kejayaan

Bangkitlah teman bangkit semua
Bela mereka dari sengketa

Syukurlah kita pada yang Esa
Adab berjuang sesama kita
Kurniaan tuhan dikongsi bersama
Bebaskan jiwa yang menderita

Bantu membantu bekerjasama
Elakkan nista kufur merbahaya
Amar dan makruf genggaman jiwa
Quran dan sunnah siasah dijaga

Haaaa… renungkanlah
Bersabarlah dengan segalanya
Semangat terus membara
Elakkan dari cinta dunia
Semuanya sementara
Ikhlaskan perjuangan kewajipan utama
Sentiasa bergandingan menetang tipu daya
Negara akan makmur damai dan sejahtera
Keringat akan luhur menjana bahagia

Marilah….. bersama…. Tingkatkan… teguhkan…

Marilah….marilah…. kita bersama
Berjuang perkasa nilai agama

Marilah… marilah… kita bersatu…
Berjuang memacu Negara maju

Marilah…. Marilah… kita bersama
Berjuang pertahan iman dijiwa

Marilah… marilah… kita bersatu

Berjuang menawan hawa nafsu...




No comments:

Post a Comment