Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

08 October 2015

Al Quran Menjana Transformasi Ummah Soutul Faizin 2012

Al Quran menjana transformasi ummah
Lagu & Lirik : 211minds & Friends
Pelantun : Soutul Faizin 2012

Hayatus saadah bimardhatillah…
Allahu Rabbuna Ya Allah

Duhai muslimin perkasa syariah
Beristiqamah dan bermahabbah
Bacalah Al Quran terungkap ibadah
Al Quran menjana transformasi ummah

Allahu Rabbuna Ya Allah

Diturunkan Al Quran petunjuk perjalanan
Kehidupan insan yang penuh persoalan
Penjelasan Al Quran menemukan jawapan
Bimbingan ketuhanan berpaksikan landasan

Suluh kebenaran pelbagai pengertian
Semangat kekitaan satu kepercayaan
Bersatu ukhuwwah seiring haluan
Syariat teguh berpaksi Al Quran

Ayyuhal ummah nurunnajah

Furqan mengangkat keagungan
Zaman berzaman keharuman
Kandungannya cakupi kesempurnaan
Transformasi ketamadunan

Allahu Rabbuna Ya Allah

Tartil  disiplin dalam bacaan
Sebagai ibadah pahala ganjaran
Fahami kandungan matlamat pengajaran
Keutamaan ilmu jadi sandaran

Adab susila hamparan penghayatan
Kemuliaan insan disisip mapan
Sebagai benteng ummah harapan
Menganjak langkah terus kehadapan

Al Kitab menabur  wadah keamanan
Khaira ummah sehala wawasan
Perpaduan yang ampuh diimpikan watan
Mahabbah yang utuh lambang perpaduan

Ia menganjur di dalam Firman
Muamalat dilakar  dalam perhubungan
Wasatiyyah diatur dalam tindakan
Iktisad teguh dalam genggaman
Allahu Rabbuna Ya Allah

Sejarah silam sejarah tauladan
Tertulis padanya pegangan pedoman
Ambil iktibar hukum dan peraturan
Landasan ummah garapan kejayaan

Hanya padanya terungkap impian
Bimbingan siasah mercu perjuangan
Al quran dan Sunnah dustur pimpinan
Transformasi ummah serlah kebenaran


















Klik pautan dibawah untuk lagu ini...



No comments:

Post a Comment