Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

08 October 2015

Al Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyah Soutul Faizin 2014

Al Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyah

Lagu : Azalan Bayu Zakaria & 211minds
Lirik : Azalan Bayu
Pelantun : Soutul Faizin 2014

Kehidupan di dunia fana,
Tiada bererti tanpa ingatiNya,
Patuh suruhan, julangkan agama,
Bersederhana diamalkan dalam lingkungan redhaNya,

Wasatiyyah teraju ummah,
Kegemilangan kelak terbina,
Kejayaan digapai akhirnya,
Rahmat Allah di dunia dan di akhirat sana,

Kitab yang mulia jadi panduan,
Menyemaikan rasa kehambaan,
Sunnah baginda jadi ikutan,
Abadi dititipkan dalam kitab Al Quran,

Membenihkan hijrahnya insan,
‘tuk membina ummatan wasatan,
Dan jauhi segala kejumudan,
Mengakar subur di dalam hati 
Dan jua perlakuan,

Berubahlah wahai insan,
Jangan hanya kerna  kelunakan
Tatkala dilagukan 
kalimah suci Al Quran,
Transformasi dipaksikan,
Di atas kefahaman
Dan jua penghayatan
Pada kalam Allah Yang Esa.


Hikmah kata-kata Pencipta,
Ajari hamba-hambaNya
Moga bersifat hamba sebenarnya,
Tegakkanlah yang makruf,
Perangi apa yang mungkar,
Bersederhana dengan seadilnya,
Tiada sedikit atau pertengahan,
bahkan seluruhnya dilaksanakan
Terbinalah ummah yang berwasatiyyah
Untuk menghadapi arus kehidupan,

Kalam Allah adalah untuk,
Diterjemah seindahnya,
Jadilah ummah berpandukan Quran,
Tumbangkan kezaliman,
Menara kan keadilan,
Itulah tunjang wasatiyyah ummah,
Al Quran pemangkin masyarakat cemerlang,
Patuhi suruhanNya, setiap ketika,
Jadikan aturanNya  bukan bait puisi,
Buat halwa indera ‘tuk hiburkan diri

Janganlah pula kitab mulia
Dipandu terus dek kesesatan,
Yang mencetuskan perbalahan 
Melampaui hukum Allah
Dan batasan agama,
Al Quran penjana transformasi 
Ummah Berwasatiyyah







Klik pautan dibawah utk lagu ini...

No comments:

Post a Comment