Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

05 January 2016

Terima kasih PIBG SiS, Encik Ezwan MK, MSF Global, SMAN Artwork, Nujahid Printing, The Pilot Pomade, Terajutama & Penaja-penaja SF

Pakaian juga salah satu keutamaan didalam penampilan sesebuah kumpulan Nasyid, tidak terkecuali juga dengan Soutul Faizin... Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan bantuan dan sokongan yang sentiasa ada untuk SF terutamanya penampilan peringkat tertinggi. Bagi penampilan BNM7 Peringkat Kebangsaan pakaian SF ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru SiS, Encik Khairul Ezwan Mohd Khuzi (penaja paling konsisten...), MSF Global Greentown yang menjadi tukang jahit rasmi beberapa tahun kebelakangan ini.Selain itu jutaan terima kasih kepada SMAN Artwork yang menaja pakaian sampingan SF bagi 2014 dan 2015. Nujahid Printing juga tidak ketinggalan berkolaborasi bersama SF dan paling mengejutkan The Pilot Pomade tampil menaja tatarias SF. Syukran yang tidak terhingga buat semua.

Konsep pakaian kebiasaannya adalah idea 211minds, wife & Ust Azwani mengikut genre nasyid yang akan dipersembahkan.. Bagi penampilan kali pertama di Peringkat Kebangsaan untuk BNM7 ditampilkan konsep moderate contemporary. Simple, kemas dan bergaya. Terima kasih kepada semua..





















No comments:

Post a Comment