Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

14 April 2016

Misi Serampang Dua Mata...


Bulan April 2016 menjadi bulan paling sibuk dengan pelbagai aktiviti, program dan persiapan menghadapi persaingan terutamanya untuk Karnival Dakwah dan Festival Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak..

Bermula dengan kejohanan Sukan SIS, Kejohanan MSSD, Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak, Hari Anugerah Kecemerlangan SiS... Peperiksaan... kini menghitung hari-hari menjelang Karnival Dakwah dan ILMI Peringkat Negeri.. rutin kebiasaannya latihan diteruskan seperti biasa... semoga segala yang dilalui dipermudahkan...

Belum terlambat untuk admin mengucapkan Tahniah kepada semua warga SiS...

Johan Bola Sepak
Johan Regu Badminton
Johan Bola Tampar
Johan Ping Pong
Ketiga Takraw

di Kejohanan Sukan Sekolah2 Agama Negeri Perak.

Kontinjen ini juga akan mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sukan Sekolah2 Agama Peringkat Kebangsaan di Negeri Terengganu Darul Iman 2016. Tahniah buat peserta, jurulatih dan guru2 SiS...

Tidak dilupakan juga Tahniah buat team Bola Sepak Alumni SiS bawah 19 tahun muncul JUARA antara ALUMNI2 Sekolah Malaysia.
















Alhamdulillah.. terlerai segala episod

Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang telah terlerai dihati kami.. Tahun demi tahun meniti episod pedih tatkala mendengar Festival Nasyid KPM berlangsung dengan suasana yang sungguh dicemburui. Bukan kemenangan yang kami perjuangkan tetapi keadilan dan hak sepatutnya diletakkan. Apapun semuanya telah berakhir... terima kasih kepada pejuang-pejuang Sekolah Agama Negeri, Sekolah Swasta, MRSM dan seangkatannya... terima kasih juga kepada KPM yang mula membuka ruang dan peluang untuk merealisasikan hasrat Pendidikan Satu Malaysia...

Bertarikh 29 Febuari 2016, Soutul Faizin memulakan langkah kanan mempertaruhkan bakat-bakat yang lama dan baru  untuk memeriahkan Karnival Dakwah Peringkat Daerah Kinta Utara. Membanggakan apabila semua kategori yang dipertandingkan di karnival tersebut didominasi oleh warga Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah. Alhamdulillah syukur dan tahniah buat semua yang terlibat menjayakannya. Berikut adalah keputusan di Karnival Dakwah Peringkat Daerah Kinta Utara 2016.

Johan Tilawah Al Quran dan Johan Keseluruhan

Johan Tahfiz Al Quran dan Johan Keseluruhan

Johan Nasyid dan Johan Keseluruhan Nasyid

Solo Terbaik Pertandingan Nasyid

Lirik Terbaik Pertandingan Nasyid

Johan Syarahan Agama

JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL DAKWAH KINTA UTARA 2016

Tahniah kerana akan mewakili Daerah Kinta Utara di Pertandingan Peringkat Negeri Perak nanti.