Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

14 April 2016

Alhamdulillah.. terlerai segala episod

Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang telah terlerai dihati kami.. Tahun demi tahun meniti episod pedih tatkala mendengar Festival Nasyid KPM berlangsung dengan suasana yang sungguh dicemburui. Bukan kemenangan yang kami perjuangkan tetapi keadilan dan hak sepatutnya diletakkan. Apapun semuanya telah berakhir... terima kasih kepada pejuang-pejuang Sekolah Agama Negeri, Sekolah Swasta, MRSM dan seangkatannya... terima kasih juga kepada KPM yang mula membuka ruang dan peluang untuk merealisasikan hasrat Pendidikan Satu Malaysia...

Bertarikh 29 Febuari 2016, Soutul Faizin memulakan langkah kanan mempertaruhkan bakat-bakat yang lama dan baru  untuk memeriahkan Karnival Dakwah Peringkat Daerah Kinta Utara. Membanggakan apabila semua kategori yang dipertandingkan di karnival tersebut didominasi oleh warga Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah. Alhamdulillah syukur dan tahniah buat semua yang terlibat menjayakannya. Berikut adalah keputusan di Karnival Dakwah Peringkat Daerah Kinta Utara 2016.

Johan Tilawah Al Quran dan Johan Keseluruhan

Johan Tahfiz Al Quran dan Johan Keseluruhan

Johan Nasyid dan Johan Keseluruhan Nasyid

Solo Terbaik Pertandingan Nasyid

Lirik Terbaik Pertandingan Nasyid

Johan Syarahan Agama

JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL DAKWAH KINTA UTARA 2016

Tahniah kerana akan mewakili Daerah Kinta Utara di Pertandingan Peringkat Negeri Perak nanti.



















No comments:

Post a Comment