Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

17 July 2016

Salam Eidul Fitri Buat Semua



Ramadhan berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Pemergiannya dirasai walau ia berlangsung 30 hari dari setahun.. Bulan yang menjadi penanda aras ketaqwaan dan keimanan kita kepada Pencipta. Adakah amalan kita diterima, sia-sia atau tiada beza dari sebelumnya. Semoga ibadah Ramadhan ini memberikan kepada kita walau sekelumit kesan namun ianya mampu menambahbaik dari apa yang pernah kita laksanakan.Antara amalan dan tindakan kita, moga ianya menjadi nilai tambah yang berterusan sebagai saham kita disana nanti. 

Syawal menerbitkan syukur kita kepada yang Esa... dalam kita menjalani ibadah Ramadhan kehadiran Syawal menjadi kesinambungan rasa kehambaan kita untuk membuat perubahan yang positif, mengembalikan kita kepada fitrah sebagai hamba Tuhan yang sentiasa perlukan sarana bimbingan dan peringatan kerana secara fitrahnya juga manusia itu serbaserbinya kekurangan. Laungan takbir  juga adalah satu ibadah dan syi‘ar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.  

Ketepikan segala perselisihan, buang semua pertelingkahan dan tolak apa-apa juga permusuhan. Kita gantikan dengan keikhlasan hati, ketulusan budi dan kejernihan jiwa untuk saling bermaaf-maafan, kasih mengasihi dan saling kunjung mengunjungi sempena Aidilfitri.
“Di kesempatan ini juga, kami ingin ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada salah dan silap selama ini. Semoga ukhuwwah diantara kita diperkukuhkan dan saling melengkapi untuk kita sama-sama mencapai redha Allah....
Selamat Menyambut Eidul Fitri...
Soutul Faizin 2016


No comments:

Post a Comment