Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 October 2016

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2016

Alhamdulillah berakhir sudah pencarian kontinjen Negeri Perak bagi mengisi slot ke Peringkat Kebangsaan nanti.

Kategori Nasyid kali ini menampakkan beberapa elemen peningkatan yang positif khasnya kategori nasyid sekolah rendah. Begitu juga dengan pertandingan-pertandingan kategori lain saban tahun peningkatan telah ditunjukkan secara konsisten. Semoga perkembangan yang menarik ini berterusan dan saingan lebih hebat dapat diperlihatkan untuk saingan masa hadapan

Tahniah kepada semua pemenang.. yang kurang bernasib nasib baik jangan kecewa dan teruskan usaha... insyaallah dengan usaha yang berterusan, belajar dari kesilapan dan sentiasa positif mengembalikan kegemilangan pasti sesuatu yang menarik menanti dihadapan. Ilal ghayatul quswa....











Johan Lelaki
Nur Najah SRAR Tarbiah Islamiah Tg Rambutan

Naib Johan
Soutul Ikhlasiah SRAR Al Ikhlasiah Bidor

Ketiga
An Najwan SRAR At Ta'awuniah  Sg Limau Selama

*********************************************

Johan Perempuan
Nur Faezah SRAR Tarbiah Islamiah Tg Rambutan

Naib Johan
Hurrul Ain SRAR As Saadah Sg Siput

Ketiga
Awwal Uliya SRAR At Tahzib Titi Serong Parit Buntar


No comments:

Post a Comment